PUSA: Sebuah pusat pengumpulan nanas akan didirikan di kawasan Pusa bagi mengembang dan memajukan industri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata inisiatif berkenaan bukti kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan industri berasaskan pertanian terutama dalam bidang nanas.
Katanya, Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah disalurkan peuntukan untuk membantu pengusaha nanas supaya hasil tanaman dapat ditingkatkan.
“Dengan ini, saya berusaha membantu pengusaha nanas untuk membangunkan industri ini dan industri ini sangat berpontesi tinggi serta mendapat pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh,” katanya.
Beliau menjelas demikian semasa sesi pertemuan Pekebun Nanas Zon Pusa bersama ADUN Beting Maro di sini pada Sabtu.
Berkata lanjut jelasnya, Kerajaan Sarawak telah menyediakan RM 1.5 bilion untuk bahagian Betong di mana sebanyak RM200 juta disalurkan untuk membangunkan kawasan Beting Maro.
“Melalui peruntukan BDDA, RM10 juta untuk membuat tebingan sungai di kawasan Pusa dan RM25 juta untuk membina sebuah kompleks sukan untuk kawasan ini.
“Untuk membangunkan industri Apong dan Nipah, RM15 juta diperuntukan untuk kawasan kampung Tambak, Pusa,” ujar Razaili lagi.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pengusaha kebun nanas zon Pusa kerana meluangkan masa bersamanya untuk membincangkan perkara berkaitan dengan industri nanas di kawasan itu. - EDISI UKAS