30 JKKK Zon Ulu Gedong Terima Peruntukan RM90,000 Dari SIMU

Disiarkan pada 25 May 2024
Sumber Berita: UKAS


GEDONG: Sebanyak RM90,000 telah diagihkan kepada 30 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Zon Ulu Gedong melalui peruntukkan dibawah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Premier Sarawak.

Penyerahan cek dana tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong sendiri, Rodiyah Sapiee bertempat di Rumah Rehat Sri Gedong pada Sabtu. 

Rodiyah dalam ucapan ringkasnya berkata, setiap JKKK masing-masing yang akan menerima sebanyak RM3,000 harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Tambahnya, beliau turut berharap agar kawasan Ulu Gedong lebih aktif dalam mengadakan apa jua aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat.

“Sekiranya suatu program memerlukan dana yang lebih, JKKK boleh membuat surat permohonan peruntukkan daripada pihak pusat khidmat,” jelasnya.

Untuk rekod, peruntukan untuk kawasan Zon Gedong dan Zon Pangkor telah diserahkan sebelum ini. Jumlah sumbangan setiap JKKK adalah sama rata disetiap kawasan pentadbiran P.200 Batang Sadong. 

Hadir sama Pegawai Daerah Gedong Tamida Da'adi, Pemanca Sarika Muda, Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.26 Gedong Ali Bujang, Ketua Wanita PBB N.26 Gedong Hasanah Majais serta ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) yang hadir. -EDISI UKAS