Setiausaha Kerajaan Sarawak Sertai Seminar Bersama Ke-10 & Sukan Perkhidmatan Awam Ke-41 Di Singapura

Posted on 19 Jul 2025
Source of News: UKAS


SINGAPURA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menghadiri Seminar Bersama Ke-10 dan Sukan Perkhidmatan Awam Ke-41 bagi Pemimpin Sektor Awam Singapura dan Malaysia yang berlangsung di Grand Hyatt dan Kelab Perkhidmatan Awam, Singapura pada Sabtu.

Beliau merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bersama barisan pegawai kanan persekutuan dan negeri.

Bertemakan “Menerajui Perubahan: Perkhidmatan Awam yang Dipercayai dan Berkesan untuk Abad ke-21,” seminar tersebut menampilkan pembentangan negara, sesi perbincangan serta libat urus dua hala yang bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam sektor perkhidmatan awam.

Program pada hari tersebut turut diserikan dengan penganjuran Sukan Perkhidmatan Awam serta majlis makan malam rasmi sebagai simbol jalinan persahabatan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara.-EDISI UKAS

#SCSOneTeam