Dato' Sri Huang Terus Santuni Masyrakat Rumah Panjang

Disiarkan pada 25 May 2024
Sumber Berita: UKAS


MERADONG: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii meneruskan lawatan di Meradong dengan mengunjungi 31 lagi rumah rumah panjang.
 
Lawatan pada Khamis itu tertumpu di kawasan Sg Mador, Sg Tulai, Sg Kelupu, Sg Kawi, Sg Kijang, Sg Pidi dan Sg Meradong
 
Sambil menyantuni masyarakat rumah panjang, lawatan itu juga digunakan oleh Dato' Sri Huang untuk mendengar sentimen orang awam, cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan rumah panjang.
 
Beliau turut memperuntukkan dana kepada pelbagai jawatankuasa rumah panjang untuk pembangunan rumah panjang mengikut keperluan penduduk rumah panjang seperti menaiktaraf jalan raya dan menyelesaikan isu-isu sara hidup penduduk.
 
Dalam kata-kata ringkasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu turut berterima kasih kepada pengundi atas sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 hingga memberinya peluang untuk menyuarakan suara rakyat di Parlimen.
 
Beliau turut menyeru penduduk rumah panjang memberi sokongan penuh kepada Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
 
Senarai rumah panjang yang dilawati beliau adalah RH Lidik Baling, RH Untin Muyang, RH Peter Ugah, RH Mening Ganai, RH Kam Gaing, RH Ngumbang Mansor, RH Linya Giling, RH Bajik Geruna, RH Sap Ngabong, RH Bandar Wat, RH Sandom Agan, RH Edmund Labang Jawa, RH Junis Juli, RH Dangat Ansi, RH Temaga Lum dan RH Anthony Muling.
 
Selain itu, turut dilawatinya RH Nealy Baja, RH Sukin Gatal, RH Madau Ringgit, RH Nenci Uloh, RH Corrinne Have, RH Ujan Kadir @ Kader, RH Jimbai Lumpoh, RH Joshua Suring, RH Siang Amat, RH Sedadu Sandom, RH Anggok Bali, RH Rebi Kalasau, RH Rami Sandai, RH Jerukan Nani dan RH George Suli. – EDISI UKAS