BARAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau amat mengagumi semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama.
Jelasnya, para pendidik itu sentiasa berusaha mendidik anak-anak di sini walaupun banyak kekurangan berbanding sekolah di kawasan bandar.
Beliau turut menyeru kepada semua pelajar agar memanfaatkan kesempatan untuk menimba ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin.
“Masa hadapan anda semua hanya dapat diubah jika mempunyai pelajaran yang baik,” katanya dalam Majlis Anugerah Murid Cemerlang SMK Long Lama di Dewan SMK Long Lama pada
Dalam pada itu, Dato Dennis meminta agar pihak sekolah membuat kertas kerja dengan menyenaraikan aktiviti sekolah yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun.
“Saya akan usahakan untuk mencari dana bagi membantu pihak sekolah agar segala program serta aktiviti sekolah dapat berjalan lancar di masa akan datang,” ujar beliau.
Terdahulu, dalam majlis itu beliau telah mengumumkan dana projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM20,000 untuk Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Long Lama.
Hadir sama Pengetua SMK Long Lam, Bawie Mamat dan Wakil Pegawai Daerah Telang Usan, SAO Connie Raymond.-EDISI UKAS