Program ‘Mobile Service 2 U’ terus Diperkasakan di Bintangor

Disiarkan pada 12 Jul 2025
Sumber Berita: UKAS


BINTANGOR: Program ‘Mobile Service 2 U’ anjuran Parti SUPP Cawangan Bintangor diteruskan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bertempat di Rumah Jin, Sg Meradong pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata perkhidmatan umum seperti permohonan baharu Kenyalang Gold Card, Faedah Kesihatan Warga Emas Dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut disediakan agar memudahkan penduduk rumah panjang membuat permohonan.

“Program Mobile Service 2 U telah berjalan banyak kali diadakan di Kawasan DUN Meradong pada tahun ini, reaksi yang diterima amat menggalakkan malah, melalui kaunter terbuka yang disediakan berpeluang menyelami pelbagai masalah rakyat.

“Bukan sekadar itu, ia juga berpeluang menerangkan usaha pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” jelasnya.

Ujarnya, SUPP cawangan Bintangor akan meneruskan penganjurannya ke rumah panjang mengikut ZON dan kawasan luar bandar juga akan diadakan dari masa ke masa.

Justeru beliau berharap warga Meradong akan menggunakan peluang yang disediakan itu dengan sebaik-baiknya.

Tambah Datuk Ding, program tersebut merupakan salah satu platform bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor membantu masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.-EDISI UKAS