Ahli Parlimen Batang Lupar Serah Sumbangan Kewangan Di Sebuyau

Disiarkan pada 23 May 2024
Sumber Berita: UKAS


BATANG LUPAR: Petugas Pusat Khidmat P.201 Batang Lupar mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli menyampaikan sumbangan kewangan kepada penerima di konstituensi Sebuyau bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau pada Khamis.

Sebanyak tujuh buah kampung yang terdiri dari Kampung Hulu Sebuyau, Kampung Masjid Sebuyau, Kampung Baru Sebuyau, Kampung Jalan Sawmill, Kampung Lot Baru Sebuyau, Skim Pembesaran Kampung Sebuyau dan Kampung Kelait Sebuyau telah menerima sumbangan untuk perubatan dan khairat kematian dari peruntukan Ahli Parlimen Batang Lupar.

Penyampaian sumbangan disampaikan mewakil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di setiap kampung-kampung berkenaan untuk disampaikan kepada penerima. 

Pusat Khidmat Batang Lupar berharap bantuan itu sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan perhatian. -EDISI UKAS