Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025

Disiarkan pada 09 Jul 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025 di Astana Negeri, di sini pada Rabu.

Kunjungan yang berlangsung pada jam 11 pagi itu diketuai oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yang turut diiringi oleh beberapa Ahli Jawatankuasa termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Inigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Miri Galong Luang.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Dato Sri Lee selaku Menteri Bertanggungjawab menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah ke Sambutan Hari Sarawak 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai di Bahagian Miri.

Beliau turut membentangkan perkembangan terkini persiapan sambutan, termasuk pengisian program yang dirancang bagi memastikan acara bersejarah itu dapat diraikan dengan penuh meriah dan inklusif. -EDISI UKAS