SEMATAN: Majlis Ngolong Tikar atau penutupan Gawai merupakan salah satu aktiviti dalam memartabatkan identiti bangsa kita khususnya bagi bangsa Salako.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, majlis seumpama ini akan dapat merapatkan perpaduan, semangat gotong royong, saling membantu dan meningkatkan kualiti berpersatuan khususnya dalam kalangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ngolong Tikar 20205 Kampung Judin di Dewan Kampung Judin pada Jumaat.
Tambah Billy lagi, perayaan Gawai merupakan perayaan yang menyatupadukan semua bangsa tanpa mengira generasi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar.
Dalam perkembangan lain, Billy juga mengumumkan bahawa projek-projek pembangunan di DUN Opar akan berjalan dari semasa ke semasa.
Hadir sama, Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Kecil Sematan Mohd Ameerullah Roslan, Pemanca Allen Manium Enggang, Penghulu Wang Ering, Penghulu Kutong Enggang dan Ketua Kaum Kampung Judin Adris Kabon. -EDISI UKAS