Lapan Individu Terima Sijil Pengiktirafan Bumiputera Sarawak Di Beluru

Disiarkan pada 17 Jun 2025
Sumber Berita: UKAS


BELURU: Seramai lapan individu dari Daerah Beluru menerima Sijil Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak di bawah Interpretation Ordinance 2005 (Chapter 61) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi Cawangan Beluru pada Isnin.

Penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap ADUN Marudi, Datuk Dr. Penguang Manggil.

Penerima sijil terdiri daripada Tan Yi Xian, Tan Yi Hao, Tan Yi Heng, Elsa Irina Tan Yi Ling, Tan Yi Longwei, Chai Bee Geok, Fabian Hwong Shee Kid dan Franky Hwong Shee Twang.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam mengiktiraf kepelbagaian etnik serta memperkukuh perpaduan rakyat Sarawak melalui pengiktirafan rasmi identiti kaum di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu; Pemanca Enggah Muga (Ketua Masyarakat Kaum Iban); Penghulu Abdullah Samat (Ketua Masyarakat Kaum Melayu); dan Kapitan Huong (Kapitan Cina Pekan Beluru).-EDISI UKAS