SRI AMAN: Senator Dewan Negara, Susan Chemerai Anding telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM60,000 sempena program Mantar Gawai Dayak 2024 di Banting pada Sabtu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 buah rumah panjang di Banting masing-masing menerima bantuan sebanyak RM5,000 manakala sebuah rumah panjang di Engkerepok menerima bantuan sebanyak RM5,000.
Selain itu, Susan turut menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 juga kepada Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Banting.
Dalam ucapan perasmiannya, Susan menyarankan agar ahli-ahli serakup sentiasa peka kepada polisi dan program kerajaan agar di manfaat dengan sepenuhnya oleh ahli mereka dan masyarakat setempat.
Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah SIDS Unit Banting, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sekitar Banting dan penduduk setempat. -EDISI UKAS