MIRI: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) menyalurkan dana berjumlah RM1 juta untuk membantu pembinaan gereja baru Senadin Methodist Preaching Centre (SMPC).
Majlis penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin pada Ahad.
Dalam ucapannya, Dato Sri Lee Kim Shin yang juga ADUN Senadin berkata Sarawak bertuah bertuah kerana kerajaan menubuhkan UNIFOR yang menyediakan landasan tepat menyalurkan bantuan dana kepada agama-agama lain di negeri ini.
Melalui saluran ini, agama-agama lain dapat memohon bantuan memperbaiki rumah-rumah ibadat malah membina baharu.
Pada 17 September 2023, Senadin Methodist Preaching Centre (SMPC) turut menerima sejumlah RM 200,000 daripada UNIFOR bagi melaksana kerja-kerja pembinaan gereja baru yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan September tahun ini.
Dengan siapnya gereja baru ini, ia dijangka dapat menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan luas untuk menampung penganut Kristian yang kian meningkat di gereja lama itu. -EDISI UKAS