Trio Syahmura, Johan Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam 2024

Disiarkan pada 19 May 2024
Sumber Berita: ukas


LAWAS: Kumpulan Trio Syahmura dari Jabatan Agama Islam Sabah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam 2024 yang berlangsung di Kampung Dato, Kuala Lawas di sini pada Jumaat.

Pertandingan itu merupakan Kemuncak Malam Kesenian Islam Sempena Karnival Rahmah Madani yang diadakan di Dataran Tebingan Sungai.

Sementara itu, naib johan dirangkul oleh Kumpulan Nur Istiqamah dari PPWS Lawas manakala Kumpulan AD-Daie dari Limbang menamatkan pertandingan di tempat ketiga.

Program tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan tetamu kehormat yang lain.

Untuk makluman, pertandingan itu menyaksikan penyertaan sembilan pasukan nasyid dari Limbang, Sabah dan Lawas. 

Turut membuat persembahan dalam program itu ialah kumpulan UNiC dari Semenanjung selaku jemputan khas. 

Selain itu, turut ditampilkan persembahan khas Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Sahibus Siyadah Mual Suaud dengan mendeklamasikan sajak.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr Ruslan Said, 
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf dan Harta Dato Selamat Paigo, Pengurus LCDA Datu Sr Zaidi Mahdi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Sahibus Siyadah Mual Suaud, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Sarawak Ustaz Hamdan Jar'ee, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awgku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). -EDISI UKAS