Setiausaha Kerajaan Sarawak Terima Kunjungan Hormat Pengarah LHDNM Sarawak

Disiarkan pada 11 Jun 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sarawak, Abang Ehsan Abang Abu Bakar di Wisma Bapa Malaysia, pada Rabu.

Kunjungan itu menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara agensi percukaian persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Ini termasuk dari aspek tadbir urus percukaian. -EDISI UKAS