Agihan Penganan Sempena Gawai Meriahkan Pasar Tamu Bintangor

Disiarkan pada 31 May 2025
Sumber Berita: UKAS


BINTANGOR: Suasana di Pasar Tamu Bintangor bertambah meriah baru-baru ini apabila Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong dan Persatuan Penggiat Main Asal Adat Iban Meradong berganding bahu menganjurkan program agihan penganan, atau kuih tradisional, sempena sambutan Hari Gawai.

Sebanyak 300 pek penganan, termasuk Kuih Sarang Semut dan Kuih Ros sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, telah diagihkan secara percuma kepada para pengunjung dan peniaga sebagai simbol perkongsian semangat perayaan dan muhibah.

Sebagai tanda sokongan, Datuk Ding juga turut serta menyempurnakan pengagihan tersebut serta beramah mesra dengan orang ramai.

Menurut beliau, inisiatif seumpamanya bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Gawai, malah menjadi wadah penting untuk menghargai sumbangan penjaja kecil yang sekian lama menjadi nadi kepada ekonomi tempatan.-EDISI UKAS