Persatuan Muzik Kapit Anjur Program Pra Gawai Julung Kali

Posted on 25 May 2025
Source of News: UKAS


KAPIT: Persatuan Muzik Bahagian Kapit telah menganjurkan program Pra Gawai Dayak buat julung kalinya di Dewan Sri Baleh pada Sabtu, sebagai inisiatif mengeratkan hubungan komuniti dan menyemarakkan sambutan Hari Gawai 2025.

Pengerusi Persatuan Muzik Bahagian Kapit, Richard Juntan dalam ucapannya turut mengumumkan pelantikan Russell Geramong Wilson Nyabong sebagai penasihat persatuan.

Dalam ucapannya, beliau berharap lebih banyak program akan dapat dianjurkan oleh persatuan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat belia dan meningkatkan minat terhadap bidang muzik.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai 2025 kepada semua ahli Persatuan Muzik di Bahagian Kapit.-EDISI UKAS