1,000 Anak Pokok Ditanam di Hutan Simpan Similajau, Usaha Bersama Pejabat Hutan dan SEB Bintulu

Disiarkan pada 25 May 2025
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Sebanyak 1,000 anak pokok berjaya ditanam dalam satu program penanaman pokok yang dilaksanakan secara bersama oleh Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dan Sarawak Energy Berhad (SEB) Cawangan Bintulu bertempat di Hutan Simpan Similajau pada Sabtu.

Penanaman anak pokok tersebut sebagai langkah menyokong pemuliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar.

Selain menanam pokok baharu, program tersebut turut merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan ke atas 500 anak pokok sedia ada di kawasan yang pernah ditanam sebelum ini oleh pihak SEB sebagai bagi memastikan pertumbuhan sihat dan kelangsungan jangka panjang pokok-pokok tersebut.

Sebanyak lima spesies pokok hutan tropika telah ditanam dalam program ini, iaitu 300 anak pokok Bintangor Batang Putih, 300 Nyatoh Babi Daun Kecil, 400 Meranti Sarang Punai, 300 Meranti Tembaga, dan 200 Meranti Tangkai Panjang Padi.

Program yang berlangsung dengan lancar ini disertai oleh seramai 111 peserta, terdiri daripada 50 kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dan 61 kakitangan SEB Cawangan Bintulu, yang bersama-sama berganding bahu menjayakan usaha pemuliharaan hutan simpan berkenaan.

Turut hadir ialah Pegawai Hutan Wilayah Bintulu, Hwang Chiong Hee, dan Pengurus Wilayah SEB Bintulu, Hung Sing Ye. -EDISI UKAS