60 Unit Lampu Solar Disumbang Kepada Empat Sekolah Di Sarikei

Posted on 21 May 2025
Source of News: UKAS


SARIKEI: Sebanyak 60 unit lampu solar telah disumbangkan kepada empat buah sekolah di kawasan Sarikei menerusi inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siung Hua, SJK Minar dan SJK Kiew Mang.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Dato’ Sri Huang, dalam satu majlis ringkas anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat, di sini pada Selasa.

Hadir sama di majlis itu ialah Penghulu Huang Tiong Kang dan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei, Andrew Wong Pak Ung.-EDISI UKAS