KUCHING: Syarikat dan individu tempatan di Sarawak dipelawa untuk menyertai industri microalgae yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata mereka yang berminat boleh menceburi tiga bidang dalam industri tersebut iaitu penanaman dan penuaian microalgae, pengeluaran minyak algae mentah dan membangunkan biojisim algae untuk pelbagai produk seperti makanan haiwan, produk nutraseutikal dan farmaseutikal.
“Bagaimanapun perlu ditekankan bahawa skala eonomi yang sesuai untuk pelaburan projek adalah penting untuk ia berdaya maju dan lestari,” jelasnya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik semasa sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.
Tambahnya, SEDC Energy Sdn Bhd juga sedang mengkaji dan meneroka sumber-sumber lain yang bersesuaian untuk tujuan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).
“Antara sumber yang boleh dijadikan pilihan ialah minyak masak terpakai, rumpai laut, sisa pertanian dan biojisim,” tambahnya.
Katanya lagi, projek microalgae di Sarawak turut berdepan beberapa cabaran iaitu perubahan cuaca dan pelaburan yang tinggi kerana ia memerlukan teknologi tinggi iaitu sensor kecerdasan buatan (AI) untuk menggantikan tenaga manual yang mengendalikan penghasilan algae berkualiti tinggi.
“Cabaran lain untuk meningkatkan pengeluaran atau ‘upscalling’ untuk memenuhi permintaan dunia bagi bahan mentah bio atau bio feedstock
“Pembolehubah yang boleh terjejas ialah kekuatan cahaya matahari, PH air, suhu, concentration, karbon dioksida, turbulence air, nutrisi dalam air dan kemasinan air,” katanya. - EDISI UKAS