Perkhidmatan Bergerak SUPP Piasau Dekati Komuniti Akar Umbi

Posted on 18 May 2025
Source of News: UKAS


MIRI: Inisiatif Perkhidmatan Bergerak Mingguan anjuran Pasukan Mobile Bee Service Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat, dengan sebanyak 15 kes permohonan berjaya dikumpulkan dalam program yang diadakan di 63 Cafe, Miri pada Ahad

Program ini berlangsung dengan kehadiran Kaunselor Tan Lek Jin, Kaunselor Chai Woei Yih, serta beberapa ahli jawatankuasa SUPP Piasau yang turut turun padang bagi membantu pelaksanaan program.

Pasukan perkhidmatan bergerak ini menyediakan pelbagai bantuan, termasuk pendaftaran aduan awam, permohonan Kenyalang Gold Card, perkhidmatan S Pay Global, Sarawak ID, permohonan bantuan kewangan khas dan juga permohonan perkhidmatan “Senior Citizen Health Benefit” (SCHB).

Dengan adanya perkhidmatan bergerak ini,ia merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan dasar-dasar mesra rakyat sampai kepada semua lapisan masyarakat lebih efektif.

Perkhidmatan bergerak sebegini bukan sahaja platform untuk menyampaikan maklumat tetapi juga membantu golongan yang memerlukan dalam mengurangkan beban harian mereka. -EDISI UKAS