LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah merayakan sambutan Hari Ibu dengan sungguh meriah bersama dengan Biro Wanita Kampung Raso 2, Lundu dalam Majlis Sambutan Hari Ibu di Dewan Serbaguna Kampung Raso 2 yang diadakan pada malam Sabtu.
Seramai 33 orang yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diraikan dan menerima bantuan berupa bakul makanan dalam majlis tersebut.
Berucap ringkas di majlis tersebut, Billy berkata jasa dan pengorbanan para ibu perlu dihargai dengan sebaik-baiknya terutamanya jasa mereka membesarkan
“kita hargai kerana tanpa adanya ibu, kita tidak akan berada di sini. Anak- anak juga perlu berkorban untuk orang tua terutamanya yang memerlukan penjagaan khusus,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap soal pembangunan di Kampung Raso 2, Billy berkata, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000 bagi tujuan membina baru kawasan tempat letak kereta di Dewan Serbaguna Kampung Raso 2 ini. -EDISI UKAS