KUCHING: Pasukan sukan elektronik N3 Tanjong Datu membuktikan kehebatan apabila berjaya merangkul kejuaraan Cabaran Esports sempena Kejohanan Muaythai Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Edisi Ke-9 2025 & Piala Borneo 2025 yang melabuhkan tirai pada Ahad.
Pasukan itu mengungguli kategori Mobile Legends Bang! Bang! untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 beserta medal.
Tempat kedua kategori sama dirangkul Team T1Gabelas bagi meraih RM700 serta medal.
Manakala Team Jahok meraih RM500 serta medal selepas menduduki tempat ketiga.
Dalam kategori PUBG Mobile pula, Obscura nyata sukar ditandingi lawan lain untuk bergelar juara, sekali gus membawa pulang RM1,200 serta medal.
Zone SQ di tempat kedua untuk meraih RM700 serta medal manakala DXG Ryu di tempat ketiga bagi membawa pulang RM500 dan medal. - EDISI UKAS