BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menyempurnakan sepak mula Kejohanan Bola Sepak Karnival Sukan Bau 2025 dalam satu majlis yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Stenggang, pada Ahad.
Kejohanan ini merupakan antara acara utama bersempena dengan perasmian Kompleks Sukan Bau serta Pesta Tasik Biru 2025.
Billy memulakan perlawanan pembukaan yang menemukan pasukan PMK dan TBNU Rangers, sebelum turut menyaksikan aksi antara pasukan One V United menentang Stenggang Young Gun (SYG).
Menariknya, kejohanan ini berlangsung secara serentak di tiga lokasi iaitu Padang Bola Sepak Kampung Stenggang, Padang Bola Sepak Krokong dan Padang Bola Sepak SK Simpang Kuda, mencerminkan sambutan hangat masyarakat setempat terhadap karnival sukan tahunan ini.-EDISI UKAS