MIRI: Komitmen terhadap keselamatan pelajar terus diperkasa apabila sebanyak 40 unit alat pemadam api disumbangkan kepada lapan buah sekolah terpilih di sekitar Miri.
Sumbangan tersebut diserahkan secara simbolik semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada Ahad.
Menurut wakil Kenyalang Integrity Sdn. Bhd., syarikat yang menyumbangkan peralatan keselamatan itu, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka bagi memastikan keselamatan pelajar dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah berkenaan.
“Keselamatan di sekolah adalah keutamaan kami. Dengan adanya alat pemadam api ini, kami berharap ia dapat membantu mengurangkan risiko dan meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan warga sekolah,” katanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden DUBS, Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, serta barisan pemimpin komuniti setempat.-EDISI UKAS