LIMBANG:Suasana penuh kesyukuran dan semangat komuniti menyelubungi Kampung Bukid Gudang di sini hari ini apabila Program Perasmian dan Pemberkatan Chapel of Mother Mary berjaya dianjurkan dengan kehadiran seramai 220 orang pada Ahad.
Majlis anjuran Jawatankuasa Pengelola Kampung Bukit Gudang ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang bersama isteri, Datin Mary Dang Luyang.
Selain itu, majlis sambutan diteruskan dengan gendang dan irama tradisional “Tegungu” sebelum Rt. Rev. Bishop melaksanakan upacara perasmian dan pemberkatan Chapel of Mother Mary.
Acara simbolik menandatangani plak perasmian serta upacara memotong reben turut diadakan sebelum perarakan ke dalam chapel untuk “Misa Pemberkatan”.
Selesai upacara, sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan makan turut diadakan sebagai penutup majlis.
Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan masyarakat setempat dan meneguhkan iman komuniti melalui penglibatan dalam aktiviti keagamaan dan sosial.
Chapel of Mother Mary kini menjadi lambang harapan dan tempat perlindungan rohani bagi seluruh komuniti di Limbang.
Turut hadir, Right Reverend (Rt. Rev.) Bishop Richard Ng, Bishop Roman Catholic Diocese of Miri; Rev. Father Henry Saleh Angai selaku penasihat jawatankuasa; Temenggong Willie Marum Liaw, Pemanca Jun Silah, Penghulu Ekit Awang serta ketua-ketua kaum tempatan.-EDISI UKAS