LAWAS: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pejabat Daerah Lawas dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong pada Jumaat.
Ketibaan Dato Henry bersama rombongan disambut mesra oleh Pegawai Daerah Lawas serta seluruh kakitangan Pejabat Daerah Lawas, sebelum beliau beramah mesra dengan para tetamu dan warga kerja yang hadir.
Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan meraikan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Pejabat Daerah dan masyarakat setempat.
Ia juga memberi peluang kepada wakil rakyat mendekati rakyat serta memahami keperluan komuniti secara lebih dekat.
Suasana majlis bertambah meriah dengan pelbagai acara santai seperti persembahan karaoke, di samping hidangan juadah makanan dan minuman yang disediakan untuk para tetamu ditambah dengan kehadiran warga Lawas yang tidak putus-putus memeriahkan suasana sepanjang majlis berlangsung. -EDISI UKAS