Program TVET Terus Beri Manfaat Kepada Komuniti Di Sarawak

Disiarkan pada 13 May 2024
Sumber Berita: UKAS




TEBEDU: Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) terus memberi manfaat kepada komuniti di Sarawak.
 
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, program yang menyediakan kemahiran inovasi digital akan melahirkan graduan yang berkualiti.
 
Katanya, pada mulanya belia kurang berminat dengan program TVET kerana menganggap pekerjaan dalam TVET itu kelas kedua.
 
“Namun demikian TEGAS telah merangka pelbagai program bagi menarik minat dan kesedaran mereka tentang Pendidikan TVET salah satunya melalui SCat Fair dan Jerayawara Pro-Dr dan sebagainya.
 
”Pada tahun 2024 TVET juga mengalami transformasi selari dengan keperluan kemajuan Teknologi tanpa sempadan seperti hari ini. Oleh itu kebanyakkan pekerja dalam bidang TVET kini juga memerlukan kemahiran bidang digitalisasi. Penggunaan Teknologi canggih seperti Drone dan Robotik akan menjadikan lebih produktif dan berdaya saing,”katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Susan Clement dalam Majlis Penutupan Karnival TVET Sarawak di sini pada Ahad.
 
Oleh itu, beliau berharap agar Kerjasama semua institusi di Sarawak ini dikekalkan agar perkhidmatan yg cemerlang dapat disampaikan kepada masyarakat melalui program yang berimpak tinggi.-EDISI UKAS