Kekalkan Perpaduan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Sarawak

Posted on 25 Apr 2025
Source of News: UKAS


BETONG: Perpaduan masyarakat majmuk di Sarawak harus diperkukuhkan agar rakyat kekal hidup dalam aman dan harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, melalui budaya kunjung-mengunjung semasa musim perayaan, semangat perpaduan ini dapat terus disuburkan.

Katanya, budaya berziarah juga dapat memupuk sikap saling hormat-menghormati antara sesama kaum di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Raya Pejabat Residen Bahagian Betong 2025 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Betong pada Jumaat.

Tambahnya, majlis seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta ukhwah di kalangan masyarakat.

Hadir sama Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas; Pegawai Daerah Betong, Richard Michael Abunawas dan Timbalan Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang. - EDISI UKAS