SABERKAS Cawangan Kakus Sumbang Kerusi & Sistem Siar Raya

Disiarkan pada 13 May 2024
Sumber Berita: UKAS


SELANGAU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kakus telah menyumbangkan 10 unit kerusi dan sebuah sistem siar raya kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sangan Iban. 

Difahamkan, sumbangan tersebut adalah salah satu tanda sokongan pihak SABERKAS kepada pihak sekolah dalam menitikberatkan pendidikan anak anak.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sangan Iban sambil disaksikan oleh Guru Besarnya, Lelian Luta.

Di samping itu, SABERKAS juga mengadakan pelbagai aktiviti bersama masyarakat, contohnya pengagihan bubur lambuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau pada bulan Ramadan lepas. -EDISI UKAS