KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak.
Ketibaan beliau pada jam 1.30 petang disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee dan Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.
Majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pemimpin dan penjawat awam di Sarawak bertepatan dengan semangat sambutan Aidilfitri. -EDISI UKAS