31 Ahli Majlis Daerah Simunjan Angkat Sumpah Bagi Penggal 2025–2028

Posted on 23 Apr 2025
Source of News: UKAS


SIMUNJAN: Seramai 31 individu mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Simunjan (MDS) bagi penggal baharu bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 di Dewan Mesra Simunjan, pada Rabu.

Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak (Kerajaan Tempatan), Datuk Dr. Penguang Manggil.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Daripada keseluruhan ahli majlis yang dilantik, 16 merupakan muka baharu manakala 14 adalah penyandang jawatan daripada penggal terdahulu yang dilantik semula.

Pelantikan ini mencerminkan kombinasi antara pengalaman dan idea baharu dalam memperkukuh sistem pentadbiran tempatan.

Majlis dimulakan dengan lafaz sumpah oleh Pengerusi MDS, Sanuyah Mohamad, diikuti Timbalannya, Mohammad Zaini Morshidi serta ahli-ahli majlis lain.

Turut berlangsung, sesi menandatangani Deklarasi Penerimaan Jawatan Ahli Majlis dan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Sanuyah.

Antara muka baharu yang dilantik ialah Yusuf Suoot, Hamran Salleh, Mazian Khalik, Awang Ismail Awang Wahab, Jeffery Ling, Abon Agon, Othman Mahri, Chong Alem, Jaferi Sapawi, Rohaya Ben, Mohamad Ali, Hamdiah Usup, Kamaluddin Abg. Boje, William Minggu Onga, Sharonnina Asui dan Jatan Lawen.

Sementara itu, Ahli Majlis yang dikekalkan termasuk Mohammad Zaini Morshidi, Wilman Tawil, Akim Ladom, Ghazali Ahmad, Kiew Chiong Wou, Lau See Who, William Nor Aken, Ung Chee Howe, Rhoma Donald, Martin Man, Bujang Pusah, Mahda Ma'in, Mohd. Khairul Arman Mohmad dan Mohamad Alsaqaf Mohd. Jaafar.

Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh lagi fungsi Majlis Daerah Simunjan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Hadir sama menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Ts. Tan Chee Kang; Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sabli Razak, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan sekitarnya. -EDISI UKAS