Datuk Francis Terima Kunjungan Hormat Pengerusi & Setiausaha Kelab Perubatan Cawangan Sri Aman

Posted on 22 Apr 2025
Source of News: UKAS


SIMANGGANG: Pengerusi dan Setiausaha Kelab Perubatan Cawangan Sri Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.32 Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Agenda perjumpaan pada Isnin adalah bagi penyampaian hasrat Kelab Perubatan Cawangan Sri Aman memohon sumbangan dana untuk penganjuran pertandingan bola sepak (lelaki) antara Kelab Perubatan Sarawak di Sri Aman.

Tujuan penganjuran adalah sempena program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia di samping mengeratkan ikatan persaudaraan dan meningkatkan kerjasama di kalangan warga perubatan.

Jawatankuasa Pengurusan Kelab Perubatan Sri Aman yang hadir membuat kunjungan ialah Dr Aimir Ma'rof, Pengerusi dan Magdelene Rinya Teni@Tenny, Setiausaha Kelab Perubatan Cawangan Sri Aman.-EDISI UKAS