LONG LAPUT: Suasana penuh penghayatan dan semangat kekeluargaan mewarnai sambutan Konvensyen Paskah 2025 di Kampung Long Laput apabila hampir 500 umat Katolik dari seluruh kawasan Paroki Long Lama hadir bagi meraikan perayaan keagamaan tahunan itu.
Konvensyen yang bermula sejak 17 April lalu melibatkan pelbagai aktiviti rohani sempena sambutan Hari Jumaat Agung, diikuti dengan kemuncak perayaan Paskah pada Ahad.
Paskah merupakan perayaan utama dalam kalendar Kristian, yang disambut sebagai simbol kemenangan Yesus Kristus terhadap dosa dan kematian melalui kebangkitannya.
Konvensyen ini turut menjadi wadah memperkukuh ikatan komuniti antara kampung-kampung sekitar, memupuk nilai kasih sayang, toleransi serta kerohanian dalam kalangan generasi muda.
Pada penghujung majlis, diumumkan bahawa Kampung Long Puak telah dipilih sebagai tuan rumah Konvensyen Paskah tahun hadapan bagi edisi 2026.
Turut hadir menyempurnakan majlis perayaan ialah Reverend Fr Sylvester Ngau, Rector bagi Gereja Katolik Long Lama, Temenggong Elizabeth Deng, Ketua Masyarakat Kaum Kayan Bahagian Miri serta Ketua Kaum Paul Paren dari Kampung Kayan, Long Lama.-EDISI UKAS