Larian Baton SUKMA & Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Diteruskan Di Mukah

Disiarkan pada 12 May 2024
Sumber Berita: UKAS



MUKAH: Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 diteruskan di Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setiaraja Mukah di sini pada Ahad.

Dianggarkan seramai 1,000 peserta telah menyertai Larian Baton tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh.

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuk senamrobik di mana masyarakat Mukah mula berkumpul di Dataran Pehin Setia Raja Mukah seawal jam 6 pagi sebelum memulakan larian.

Selain itu, terdapat juga Pertandingan Bidar Lukut iaitu perlumbaan perau mini yang menjadi ikon kepada sukan tradisi masyarakat Melanau di Mukah dan terdapat juga aktiviti sukan memanah.

Larian baton ini diadakan sempena SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Acara akan diteruskan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyempurnakan majlis penyerahan baton yang disampaikan oleh Ketua Sukan Ikon, Ashley Iranues Jack.

Justeru, orang ramai khususnya warga-warga Mukah sangat dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai ke pekarangan Dataran Pehin Setiaraja Mukah bagi menyaksikan acara-acara menarik yang diadakan di sini.-EDISI UKAS