Datu Mohamad Junaidi Mohidin Dilantik Pengarah Yayasan Sarawak Yang Baharu

Disiarkan pada 16 Apr 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Yayasan Sarawak mengumumkan pelantikan Datu Mohamad Junaidi Mohidin sebagai Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datu Mersal Abang Rosli yang menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat dengan Yayasan Sarawak selama 43 tahun.

Simbolik majlis penyerahan tugas telah disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bertempat di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak.

Sementara itu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar merakamkan penghargaan kepada Datu Mersal di atas dedikasinya yang tinggi sepanjang 43 tahun bersama Yayasan Sarawak.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Datu Mohamad sebagai Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu dan berharap agar kepimpinan beliau akan menyuntik semangat serta pendekatan baharu dalam usaha memperkasa sektor pendidikan dan pembangunan modal insan pelajar-pelajar Sarawak di seluruh negara.-EDISI UKAS

Sumber: Yayasan Sarawak