70 Ahli SABATI & MAKSAK Meriahkan Majlis Ramah Tamah Gongxi-Raya-Gawai Sabati High Tea 2024

Disiarkan pada 11 May 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Seramai 70 orang tetamu hadir bagi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Gongxi-Raya-Gawai Sabati High Tea 2024 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat.

Antara tetamu yang hadir terdiri daripada 60 warga Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan 10 ahli Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota (MAKSAK) Wanita Sarawak.

Simbolik perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SABATI yang juga isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dengan memotong kek Gongxi-Raya-Gawai dan seterusnya mengambil gambar kenangan bersama ahli-ahli Sabati dan MAKSAK Wanita Sarawak.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Presiden SABATI, Dato Doreen Mayang, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Datin Sri Enn Ong Siok Ean serta Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.-EDISI UKAS