MIRI: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Dan Penyelamat Lopeng, Miri telah menganjurkan Program Ceramah Kerjaya, Demonstrasi Alat Pemadam Api dan Pameran Jentera Bomba sempena sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 di SMK Tinjar pada Khamis.
Pada program tersebut, anggota Bomba telah mengadakan tunjuk ajar cara memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul.
Selain itu, Dato Wong Wei Ping selaku Pengarah Safety Plus Resources Sdn Bhd turut menyerahkan sembilan unit alat pemadam api kepada Pengetua SMK Tinjar Richard Laing Lajim Wan.
Melalui program tersebut, orang ramai dan pelajar sekolah berpeluang mempelajari cara-cara pemadaman api. -EDISI UKAS