ADUN Kabong & Isteri Meriahkan ‘Jom Ataeng Rayo Aidilfitri’

Disiarkan pada 06 Apr 2025
Sumber Berita: UKAS


KABONG: Majlis ‘Jom Ataeng Rayo Aidilfitri’ di Dewan Terbuka Tanjong Kembang, Kabong pada Ahad diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato' Mohd Chee Kadir bersama isteri.

Ketibaan Dato' Mohd Chee untuk merasmikan program tersebut disambut dengan dentuman bedil, menyemarakkan lagi program anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N40 Kabong bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H.

Sebanyak 24 reruai Aidilfitri yang disertai oleh pelbagai ranting di N40 Kabong turut memeriahkan acara tahunan ini.

Selain meraikan Hari Raya, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan antara masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Hadir sama Pegawai Daerah Kabong Tahir Mohd Sharee, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Roban Steve Miller, Timbalan Ketua Cawangan PBB N40 Kabong Abdullah Sulaiman, penghulu-penghulu, ketua kampung, kapitan, dan tuai-tuai rumah. - EDISI UKAS