Permohonan Jalan Rh Jingga Hingga Sungai Lengan Sibu Masih Dalam NOC

Disiarkan pada 10 May 2024
Sumber Berita: UKAS




KUCHING: Permohonan bagi pelaksanaan projek membina jalan Rumah Panjang (Rh) Jingga/David Multifarm, Rh.Seli, Rh.Ruang, Sekolah Kebangsaan (SK) Singat, Sungai Lengan Sibu Sarawak sepanjang 11.16 kilometer (km) termasuk sebuah jambatan masih dalam peringkat ‘Notice Of Change’ (NOC).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang memproses permohonan NIC bagi meningkatkan kos projek berkenaan daripada RM70 juta kepada RM80 juta.

Katanya, jika projek itu diluluskan pada Mei tahun ini, maka projek akan ditender pada Jun 2024 dan kerja-kerja pembangunan dijangka bermula pada September 2024.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beliau berharap agar permohonan tersebut akan segera diluluskan untuk memulakan projek pembinaan jalan-jalan tersebut," katanya. -EDISI UKAS