KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ‘ngabang’ Raya ke rumah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh di sini pada Khamis.
Ketibaan beliau pada jam 12.30 tengah hari disambut oleh Datuk Len Talif serta isteri, Datin Asiah Awai.
Kunjungan Datuk Patinggi Abang Zohari dimulakan dengan sesi bergambar bersama ahli keluarga, sebelum diteruskan dengan sesi pertukaran buah tangan.
Mengiringi beliau dalam kunjungan berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Datuk Patinggi Abang Zohari dijadualkan meneruskan kunjungan Hari Raya Aidilfitri 2025 ke rumah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman pada sebelah petang ini. -EDISI UKAS