Pengarah UKPS Serah Sumbangsih Raya & Hadiri Majlis Berbuka Puasa
Disiarkan pada 29 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS
BINTULU: Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Datu Dr Chai Khin Chung telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangsih Raya serta Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak pada Jumaat.
Program bersama warga kerja UKPS tersebut diadakan di kawasan Operasi LPF/0043 Ladang Tatau dan Kakus, Bintulu. -Edisi UKAS