KUCHING: Pegawai-pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang bertugas di setiap bahagian di negeri ini telah mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sempena Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Khamis.
Dalam kesempatan sama, rombongan turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol yang juga hadir dalam persidangan berkenaan.
Rombongan yang diketuai Pengarah UKAS, Samuel Simon itu diadakan bagi mengikuti situasi sebenar persidangan DUN Sarawak berlangsung.
Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Komuniti UKAS, Anwar Hanafi Ardimansyah.
Semasa lawatan, rombongan berpeluang melihat dan mendengar dengan jelas pembentangan wakil-wakil rakyat di dalam dewan persidangan melalui Galeri Awam DUN Sarawak disusuli lawatan ke Bilik Media di bangunan sama.
Ini adalah selaras dengan peranan UKAS sebagai saluran informasi rakyat lantas menyebar luas pelbagai inisiatif dan dasar-dasar kerajaan dengan tepat .-Edisi UKAS