SADONG JAYA: Masjid Al-Bugisiah telah dipilih menjadi lokasi program semarak kasih Ramadhan 2025 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Bugisiah pada Ahad.
Program tersebut telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Batang Sadong merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rodiyah Sapiee.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), seramai 100 golongan asnaf menerima sumbangan bakul makanan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi makna kepada para penerima terpilih dari penduduk kampung dari Sadong Jaya.
Mereka yang dipilih terdiri daripada golongan asnaf yang amat memerlukan dengan seramai 14 orang penerima mewakili setiap kampung sebagai simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan.
Sementara itu, Rodiyah memberitahu, program tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia melaksanakan CSR bagi membantu masyarakat setempat.
Beliau turut berharap agar inisiatif itu dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi turut serta dalam usaha kebajikan terutamanhya sepanjang bulan Ramadan.
Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Norazlan Anuar serta yang lain.-EDISI UKAS