LIMBANG: Persidangan Perwakilan Dwitahunan Persatuan Bisaya Sarawak 2025 yang berlangsung di Bangunan Kebudayaan Persatuan Bisaya Sarawak, Batu Danau Sabtu menegaskan peranan persatuan sebagai wadah utama dalam memperjuangkan kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Bisaya di negeri ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan dan usaha berterusan bagi memastikan kaum Bisaya terus maju seiring dengan masyarakat lain.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Persatuan Bisaya Sarawak yang mengangkat tema “Saganao” (Sehati) sebagai lambang kesepaduan dalam memperkukuhkan jati diri dan pembangunan komuniti Bisaya.
Turut hadir dalam persidangan ini ialah Penasihat Persatuan Bisaya Sarawak Datu Anthonio Khati Galis, Pengerusi Persatuan Bisaya Sarawak Joseph Blandoi, serta para Ketua Kaum masyarakat Bisaya.-EDISI UKAS