200 Asnaf Terima Sumbangan Zakat dan Bakul Makanan Di Lundu

Posted on 22 Mar 2025
Source of News: UKAS


LUNDU: Seramai 200 orang asnaf daripada 35 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu telah menerima sumbangan zakat dan bakul makanan dalam Program Serahan Zakat dan Bakul Makanan kepada Golongan Asnaf di bawah Parlimen Santubong, yang diadakan di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem, pada Sabtu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir, dan menekankan pentingnya kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi swasta dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni, dan kami berharap manfaatnya dapat diperluaskan agar lebih ramai yang dapat dibantu,” ujar beliau.

Program ini turut dimeriahkan dengan Agihan Bubur Asyura yang dikendalikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKM) Nordina Haron, Pengarah YADIM Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie, Penolong Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin Matamit serta Pemanca Jumahdi Sabian.

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang terus memberi manfaat kepada golongan asnaf di kawasan tersebut. -EDISI UKAS