Semangat Ukhuwah Warnai Majlis Berbuka Puasa Pemuda PBB Saribas

Disiarkan pada 21 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


BETONG: Semangat keakraban dan kekeluargaan jelas terasa apabila Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Saribas berkumpul dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Aroma Cafe, Betong pada Khamis.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam bersama lebih 50 ahli Pemuda PBB Saribas.

Turut hadir Ketua Pemuda PBB Saribas, Mohd Saperi Kawi bersama barisan kepimpinan pemuda lain yang turut menyerikan lagi suasana.

Majlis yang sederhana ini menjadi lebih bermakna apabila turut diisi dengan sesi ramah mesra bersama Datuk Mohammad Razi bersama-sama tetamu yang hadir.

Ia berakhir dengan sesi bergambar kenangan untuk merakamkan detik-detik ukhuwah dalam kalangan pemimpin dan pemuda yang bakal menjadi tonggak masa depan Saribas.-EDISI UKAS