GEDONG: Program sesi libat urus bersama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Daerah Gedong peringkat kedua telah berjaya dijalankan selama dua hari bermula 15 Mac 2025 yang lalu.
Dalam sesi tersebut, seramai 219 penduduk Daerah Gedong yang terdiri daripada penerima bantuan yang tercicir telah hadir untuk membuat pendaftaran Sarawak ID dan Sarawak Pay (Spay) Global yang telah diadakan didua lokasi iaitu Dewan Masyarakat Gedong dan Dewan RTC Munggu Lalang.
Pendekatan seperti ini yang melibatkan masyarakat luar bandar secara langsung memberi peluang untuk mengenal pasti masalah dan isu yang dihadapi oleh penerima bantuan.
Ini juga memberi ruang untuk pihak berkenaan menyelesaikan perkara yang mungkin menghalang penerima daripada mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Inisiatif Pejabat Daerah Gedong, bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri) DUN Gedong, sukarelawan dan pihak SAINS dalam membantu melicinkan proses pendaftaran adalah amat diperlukan agar penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan.
Diharapkan bantuan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. -EDISI UKAS