KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai turun padang merasmikan Bengkel Pembuatan Kain Buri di Dewan Suarah Kapit pada Sabtu.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta tersebut sambil menegaskan program itu sangat berguna kerana memberi peluang kepada peserta mempelajari proses pembuatan kain buri dengan lebih terperinci dan lebih cantik hasil tangannya.
Katanya, program itu menyerlahkan bakat wanita di Kapit dalam membuat kain buri ini.
Di akhir ucapannya, beliau berharap agar bengkel sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan belia yang berminat dalam bidang sebegini. - EDISI UKAS