Setiausaha Kerajaan Sarawak Adakan Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah JKM

Disiarkan pada 14 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (KPKM) Datuk Che Murad Sayang Ramjan di sini, pada Khamis.

Objektif perjumpaan yang diadakan di Pejabat KPKM Putrajaya itu bagi membincangkan hal mengenai pengurusan dan pentadbiran dan program Jabatan Kebajikan di Sarawak.

Perjumpaan tersebut merupakan sebahagian program Datuk Amar Mohamad Abu Bakar dalam rangka lawatan kerja rasmi beliau ke Kuala Lumpur bersama delegasi Kerajaan Sarawak.

Turut serta dalam sesi tersebut ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Semawi Muhamad. - EDISI UKAS