FSKPM UNIMAS Lakukan Kunjungan Hormat Kepada Pengarah UKAS

Disiarkan pada 12 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menerima kunjungan hormat rombongan daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Ibu Pejabat UKAS, Bangunan Baitul Makmur di sini pada Rabu.

Rombongan kunjungan hormat itu diketuai oleh Dekan FSKPM, Dr Hana Hamidi bersama Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengkomersilan), Prof Madya Dr Hardyman Barawi, Timbalan Dekan (Industri dan Penglibatan Komuniti) Dr Wan Norizan Wan Hashim, Prof Madya Dr Abdulrazak Yayha serta Prof Madya Dr Amalia Madihie.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah bagi menjalin kerjasama dalam mempromosikan Seminar on Cognition and Artificial Intelligence 2025 (SoCo-AI'25) anjuran FSKPM, UNIMAS yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2025.

Tema bagi seminar tersebut ialah 'Themes: Reimagining the Future of AI: A Collaborative Approach' dengan menghimpunkan kira-kira 150 peserta yang dari luar negara dan negara melibatkan warga penyelidik, akademik dan industri.

Antara lain, kunjungan hormat itu juga melakukan perbincangan mengenai aspek penyelidikan, latihan sumber manusia serta beberapa aspek berkaitan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua-ketua Penolong Pengarah UKAS.-EDISI UKAS